Friday, February 11, 2011

RPH (minggu 5 dan 6)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

(MINGGU 5)

  • Tarikh : 31.01.2011 Hingga 04.02.2011
  • Tiada P&P: Cuti persekolahan sempena sambutan Tahun Baru Cina


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T1 (MINGGU 6)

Tarikh

07.02.2011 (Isnin)

Kelas

1C

Masa

12.50-2.00 ptg

Subjek

Bahasa Melayu - karangan

Tajuk

Karangan- Pengalaman yang telah ditempuhi semasa cuti sekolah yang lalu

Tujuan

Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyatakan pengalaman mereka yang perlu diperihalkan dalam bentuk esei / karangan

BBM

Buku teks, buku latihan

Objektif P&P

Menyatakan dan mengadakan sesi perbincangan bersama tentang isi karangan tersebut

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat & tersirat

Penerapan Nilai

Kerjasama, tanggungjawab

Aktiviti

Pelajar menyalin nota dan pada masa yang sama berbincang bersama-sama isi karangan tersebut. Guru memberi garis panduan yang diperlukan kepada pelajar

Refleksi

P&P berjalan dengan lancar yang mana keseluruhan isi karangan adalah didapati menerusi idea-idea dari pelajar itu sendiri


 


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T1 (MINGGU 6)

Tarikh

07.02.2011 (Isnin)

Kelas

1F

Masa

2.00-3.10 ptg

Subjek

Bahasa Melayu - karangan

Tajuk

Karangan- Pengalaman yang telah ditempuhi semasa cuti sekolah yang lalu

Tujuan

Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyatakan pengalaman mereka yang perlu diperihalkan dalam bentuk esei / karangan

BBM

Buku teks, buku latihan

Objektif P&P

Menyatakan dan mengadakan sesi perbincangan bersama tentang isi karangan tersebut

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat & tersirat

Penerapan Nilai

Kerjasama, tanggungjawab

Aktiviti

Pelajar menyalin nota dan pada masa yang sama berbincang bersama-sama isi karangan tersebut. Guru memberi garis panduan yang diperlukan kepada pelajar

Refleksi

P&P berjalan dengan lancar yang mana pelajar aktif menyumbangkan idea-idea yang bernas bersesuaian dengan tajuk karangan yang dipelajari


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

T3 (MINGGU 6)

Tarikh

07.02.2011 (Isnin)

Kelas

3D

Masa

4.35-5.10ptg

Subjek

Pendidikan Moral

Tajuk

Nilai-nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri (Harga Diri dan Amanah)

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi-situasi dan cara penyelesaiannya berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari

BBM

Buku latihan, kertas lukisan

Objektif P&P

Menyatakan contoh tentang nilai-nilai murni yang perlu ada pada diri seseorang berdasarkan situasi-situasi tertentu

Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam dengan pendedahan kepada contoh-contoh situasi yang ditunjukkan dalam buku teks serta dikaitkan dengan kehidupan seharian

Penerapan Nilai

Hormat menghormati

Aktiviti

Pelajar dikehendaki melukis bunga yang mempunyai lima kelopak. Setiap kelopak tersebut, pelajar perlu menulis kelebihan yang ada pada diri dan guru mengaitkannya dengan nilai hemah tinggi yang dipelajari

Refleksi

P&P berjalan lancar kerana kebanyakan pelajar cuba sedaya upaya menyelidik kelebihan / keistimewaan yang ada pada diri menerusi hasil lukisan lima kelopak bunga yang dilukis tersebut


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T2 (MINGGU 6)

Tarikh

08.02.2011 (Selasa)

Kelas

2G

Masa

12.50-2.00 ptg

Subjek

Bahasa Melayu - karangan

Tajuk

Karangan- Pengalaman yang telah ditempuhi semasa cuti sekolah yang lalu

Tujuan

Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyatakan pengalaman mereka yang perlu diperihalkan dalam bentuk esei / karangan

BBM

Buku teks, buku latihan

Objektif P&P

Menyatakan dan mengadakan sesi perbincangan bersama tentang isi karangan tersebut

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat & tersirat

Penerapan Nilai

Kerjasama, tanggungjawab

Aktiviti

Pelajar menyalin nota dan pada masa yang sama berbincang bersama-sama isi karangan tersebut. Guru memberi garis panduan yang diperlukan kepada pelajar

Refleksi

P&P berjalan dengan lancar yang mana keseluruhan isi karangan adalah didapati menerusi idea-idea dari pelajar itu sendiri dan pada masa yang sama dibantu oleh guru dalam menentukan isi yang relevan


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

T3 (MINGGU 6)

Tarikh

08.02.2011 (Selasa)

Kelas

3E/3F

Masa

2.00-3.10 ptg

Subjek

Pendidikan Moral

Tajuk

Nilai-nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Tujuan

Melatih pelajar menjelaskan pendapat tentang nilai yang dibincangkan

BBM

Buku teks dan buku latihan

Objektif P&P

Menyatakan pendapat dan contoh-contoh yang relevan tentang nilai-nilai murni yang dibincangkan

Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat memahami dan mendalami setiap maksud nilai murni yang dibincangkan dalam kelas

Penerapan Nilai

Tanggungjawab

Aktiviti

Memandangkan hari ini merupakan pertama kali guru memasuki kelas tersebut akibat pertukaran jadual baru maka, pelajar dikehendaki menyalin nota maksud dan ciri-ciri yang terdapat dalam nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri dan mengadakan sesi perbincangan bersama. Guru menentukan contoh yang relevan

Refleksi

P&P berjalan lancar dan pelajar tekun menyalin nota dan cuba memahami maklumat yang ditulis dengan baik


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T1 (MINGGU 6)

Tarikh

09.02.2011 (Rabu)

Kelas

1C

Masa

2.00-3.10 ptg

Subjek

Bahasa Melayu - Tatabahasa

Tajuk

Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri

Tujuan

Melatih pelajar membina ayat menggunakan Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri yang betul

BBM

Buku latihan, 'flash card'

Objektif P&P

Menyatakan perbezaan antara setiap Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri yang betul

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat

Penerapan Nilai

Taat, bertanggungjawab

Aktiviti

Pelajar menyalin nota dan berbincang tentang setiap tajuk dalam tatabahasa yang dipelajari serta pada masa yang sama guru menentukan perkataan dan ayat yang boleh diterima

Refleksi

P&P berjalan lancar dan hampir keseluruhan pelajar memahami setiap perbezaan contoh ayat menerusi tatabahasa yang dipelajari. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian pelajar berbangsa Cina masih tidak memahami tatabahasa yang dipelajari tetapi mereka sanggup berusaha bersungguh-sungguh dengan aktif bertanya kepada guru sekiranya tidak faham dan tindakan susulan telah diambil oleh guru adalah dengan memberi banyak contoh tentang perbezaan ayat bagi mengelakkan pelajar keliru antara setiap tatabahasa yang dipelajari


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

T3 (MINGGU 6)

Tarikh

09.02.2011 (Rabu)

Kelas

3D

Masa

3.25-4.35 ptg

Subjek

Pendidikan Moral

Tajuk

(Pembentangan kumpulan) berdasarkan tajuk yang telah diberi oleh guru seperti Nilai-nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri (12 nilai), Kekeluargaan, Alam Sekitar, Patriotisme, Hak Asasi Manusia, Demokrasi serta Keamanan dan Keharmonian

Tujuan

Melatih pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang nilai / topik yang dibincangkan menerusi pembentangan kumpulan yang telah mula dijalankan

BBM

Kertas mahjung, kad manila, marker pen, keratan akhbar, rencana, majalah dan sebagainya

Objektif P&P

Menyatakan maksud, ciri-ciri, isu-isu semasa yang berkaitan dengan nilai yang dibentangkan dan contoh soalan bersesuaian dengan tajuk yang telah diberi

Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat memahami dan mendalami setiap maksud nilai murni yang dihasilkan menerusi pembentangan yang mereka jalankan berdasarkan tajuk yang telah diberi oleh guru kepada kumpulan masing-masing

Penerapan Nilai

Keberanian, menghormati, tanggungjawab, kerjasama dan keyakinan

Aktiviti

Pelajar didedahkan dengan maksud setiap nilai, isu dan contoh-contoh / ciri-ciri amalan nilai-nilai murni secara ringkas dan selebihnya dibentangkan oleh pelajar mengikut kumpulan . Guru membimbing dan memberi panduan yang bersesuaian kepada pelajar

Refleksi

P&P dan pembentangan kumpulan berjalan lancar kerana kebanyakan pelajar telah menyiapkan tajuk tugasan untuk dibentangkan dalam kelas


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T1 (MINGGU 6)

Tarikh

09.02.2011 (Rabu)

Kelas

1F

Masa

5.10-6.20 ptg

Subjek

Bahasa Melayu - Tatabahasa

Tajuk

Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri

Tujuan

Melatih pelajar membina ayat menggunakan Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri yang betul

BBM

Buku latihan, 'flash card'

Objektif P&P

Menyatakan perbezaan antara setiap Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri yang betul

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat

Penerapan Nilai

Taat, bertanggungjawab

Aktiviti

Pelajar menyalin nota dan berbincang tentang setiap tajuk dalam tatabahasa yang dipelajari serta pada masa yang sama guru menentukan perkataan dan ayat yang boleh diterima

Refleksi

P&P berjalan lancar dan hampir keseluruhan pelajar memahami setiap perbezaan contoh ayat menerusi tatabahasa yang dipelajari


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T2 (MINGGU 6)

Tarikh

10.02.2011 (Khamis)

Kelas

2G

Masa

12.50-2.00. ptg

Subjek

Bahasa Melayu - Tatabahasa

Tajuk

Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri

Tujuan

Melatih pelajar membina ayat menggunakan Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri yang betul

BBM

Buku latihan, 'flash card'

Objektif P&P

Menyatakan perbezaan antara setiap Kata Tanya, Kata Bilangan, Kata Nafi dan Kata Pemeri yang betul

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat

Penerapan Nilai

Taat, bertanggungjawab

Aktiviti

Pelajar menyalin nota dan berbincang tentang setiap tajuk dalam tatabahasa yang dipelajari serta pada masa yang sama guru menentukan perkataan dan ayat yang boleh diterima

Refleksi

P&P berjalan lancar dan hampir keseluruhan pelajar memahami setiap perbezaan contoh ayat menerusi tatabahasa yang dipelajari. Namun terdapat segelintir pelajar dibarisan belakang yang membuat bising dan tindakan susulan telah dibuat oleh guru dengan meminta mereka menghasilkan beberapa contoh ayat dari tatabahasa yang dipelajari


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T1 (MINGGU 6)

Tarikh

10.02.2011 (Khamis)

Kelas

1F

Masa

2.00-3.10 ptg

Subjek

Bahasa Melayu (KOMSAS)

Tajuk

Kupasan dan Kajian Teks Puisi Tradisional (contoh; gaya bahasa / unsur keindahan)

Tujuan

Mendedahkan pelajar tentang pengenalan kepada Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu khususnya Puisi Tradisional (gaya bahasa / unsur keindahan)

BBM

Buku KOMSAS - Kasut Kelopak Jantung, buku latihan

Objektif P&P

Menyatakan kepelbagaian genre Sastera khususnya Puisi Tradisional dan unsur-unsur keindahan yang terdapat di dalamnya

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat & tersirat

Penerapan Nilai

Taat, kerajinan

Aktiviti

Pelajar menyalin nota penting dan berbincang tentang setiap kupasan dalam puisi tradisional berpandukan buku KOMSAS yang disediakan.

Refleksi

P&P berjalan lancar kerana kebanyakan pelajar berminat dengan kupasan gaya bahasa / unsur keindahan yang belum pernah dipelajari oleh mereka sebelum ini


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T1 (MINGGU 6)

Tarikh

10.02.2011 (Khamis)

Kelas

1C

Masa

5.10-6.20 ptg

Subjek

Bahasa Melayu (KOMSAS)

Tajuk

Kupasan dan Kajian Teks Puisi Tradisional (contoh; gaya bahasa / unsur keindahan)

Tujuan

Mendedahkan pelajar tentang pengenalan kepada Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu khususnya Puisi Tradisional (gaya bahasa / unsur keindahan)

BBM

Buku KOMSAS - Kasut Kelopak Jantung, buku latihan

Objektif P&P

Menyatakan kepelbagaian genre Sastera khususnya Puisi Tradisional dan unsur-unsur keindahan yang terdapat di dalamnya

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat & tersirat

Penerapan Nilai

Taat, kerajinan

Aktiviti

Pelajar menyalin nota penting dan berbincang tentang setiap kupasan dalam puisi tradisional berpandukan buku KOMSAS yang disediakan.

Refleksi

P&P berjalan lancar kerana kebanyakan pelajar berminat dengan kupasan gaya bahasa / unsur keindahan yang belum pernah dipelajari oleh mereka sebelum ini. Malah, pelajar di kelas ini aktif bertanya sekiranya tidak faham


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

T3 (MINGGU 6)

Tarikh

11.02.2011 (Jumaat)

Kelas

3E / 3F

Masa

2.00-3.10 ptg

Subjek

Pendidikan Moral

Tajuk

Nilai-nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri (sambungan P&P hari Selasa- 08 Oktober 2011)

Tujuan

Melatih pelajar menjelaskan pendapat tentang nilai yang dibincangkan

BBM

Buku teks dan buku latihan

Objektif P&P

Menyatakan pendapat dan contoh-contoh yang relevan tentang nilai-nilai murni yang dibincangkan

Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat memahami dan mendalami setiap maksud nilai murni yang dibincangkan dalam kelas

Penerapan Nilai

Kerajinan, tanggungjawab

Aktiviti

Pelajar menyalin nota yang berkaitan dengan nilai dalam perkembangan diri dan pada masa yang sama guru membahagikan kumpulan untuk sesi pembentangan yang bakal diadakan nanti

Refleksi

P&P berjalan lancar dan pelajar tekun menyalin nota dan cuba memahami maklumat yang ditulis dengan baik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T2 (MINGGU 6)

Tarikh

11.02.2011 (Jumaat)

Kelas

2G

Masa

4.00-5.10 ptg

Subjek

Bahasa Melayu (KOMSAS)

Tajuk

Kupasan dan Kajian Teks Puisi Tradisional (contoh; pantun)

Tujuan

Mendedahkan pelajar tentang pengenalan kepada Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu khususnya Puisi Tradisional

BBM

Buku KOMSAS – Gema Sepi Gadis Genius

Objektif P&P

Menyatakan kepelbagaian genre Sastera khususnya Puisi Tradisional dan unsur-unsur keindahannya

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat & tersirat

Penerapan Nilai

Kerajinan, tanggungjawab

Aktiviti

Pelajar menyalin nota penting dan berbincang tentang setiap kupasan dalam puisi tradisional berpandukan buku KOMSAS yang disediakan.

Refleksi

P&P berjalan lancar kerana mereka berminat terhadap aktiviti pembacaan pantun dalam kelas


 

  • Sekolah ganti pada hari Sabtu 12 Februari 2011 (Jadual hari Selasa)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

T2 (MINGGU 6)

Tarikh

12.02.2011 Sabtu (Jadual hari Selasa)

Kelas

2G

Masa

12.15-1.15 tengahari

Subjek

Bahasa Melayu - karangan

Tajuk

Karangan bergambar 'faktor-faktor yang menyebabkan pelajar sekolah terlibat dalam budaya samseng'

Tujuan

Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar teknik mengolah karangan dalam bentuk gambar untuk diperihalkan dalam bentuk esei / karangan

BBM

Buku latihan, lembaran kerja

Objektif P&P

Menyatakan dan mengadakan sesi perbincangan bersama tentang isi-isi penting / rangka karangan tersebut

Hasil Pembelajaran

Menaakul perkara yang tersurat & tersirat

Penerapan Nilai

Kerajinan

Aktiviti

Pelajar menyalin nota dan pada masa yang sama berbincang bersama-sama isi karangan tersebut. Guru memberi garis panduan yang diperlukan kepada pelajar

Refleksi

P&P berjalan dengan lancar yang mana kebanyakan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap gambar yang diberikan kepada mereka yang berkenaan dengan budaya samseng di sekolah


 


 


 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

T3 (MINGGU 6)

Tarikh

12.02.2011 Sabtu (Jadual hari Selasa)

Kelas

3E/3F

Masa

1.15-2.15 ptg

Subjek

Pendidikan Moral

Tajuk

Nilai-nilai Yang Berkaitan Dengan Kekeluargaan dan Alam Sekitar

Tujuan

Melatih dan memberi garis panduan kepada pelajar menjelaskan / menyatakan tentang sesuatu nilai yang dibincangkan

BBM

Buku latihan

Objektif P&P

Menyatakan pendapat dan contoh-contoh yang relevan tentang nilai-nilai murni yang dibincangkan

Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat memahami dan mendalami setiap maksud nilai murni yang dibincangkan dalam kelas

Penerapan Nilai

Kerjasama

Aktiviti

Memandangkan pelajar mengalami sedikit kesukaran untuk mendapatkan maklumat tentang maksud sesetengah nilai yang bakal dibentangkan oleh mereka nanti maka, guru memberi beberapa contoh maklumat tentang nilai tersebut

Refleksi

P&P berjalan lancar dan pelajar tekun menyalin nota dan cuba memahami maklumat yang diberi oleh guru dengan baik

1 comment:

  1. Tahniah kerana telah dapat menghantar rph untuk disemak.
    Rph tuan kemas, lengkap dan menarik.
    kekalkan usaha murni ini.

    ReplyDelete