Saturday, January 22, 2011

RPH minggu 3 (sekolah ganti sempena tahun baru Cina)


(Sekolah Ganti Sempena Sambutan Tahun Baru Cina)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU T2 (MINGGU 3)
Tarikh
22.01.2011 (Sabtu – Jadual Hari Isnin)
Kelas
2G
Masa
12.50-2.00 ptg
SubjekBahasa Melayu - KOMSAS
TajukDi Sebalik Wajah (kupasan novel)
TujuanMelatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk membaca dan memahami setiap bab dalam buku KOMSAS tersebut
BBMBuku KOMSAS (Di Sebalik Wajah)
Objektif P&PMenyatakan secara ringkas tentang kupasan novel seperti watak dan perwatakan serta latar yang terlibat dalam cerita tersebut
Hasil PembelajaranMenaakul perkara yang tersurat & tersirat
Penerapan NilaiKasih sayang
AktivitiPelajar diminta oleh guru membaca secara lantang dan berbincang tentang watak dan perwatakan serta latar yang terlibat dalam cerita tersebut. Guru menentukan jawapan yang boleh diterima
RefleksiP&P berjalan lancar yang mana sebahagian besar pelajar dapat memahami cerita dan kupasan watak perwatakan serta latar yang cuba disampaikan oleh pengarang

 

 

 

 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL
T1 (MINGGU 3)
Tarikh
22.01.2011 (Sabtu – Jadual Hari Isnin)
Kelas
1G
Masa
2.00-2.35ptg
SubjekPendidikan Moral
TajukNilai-nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
TujuanMelatih pelajar menjelaskan pendapat tentang nilai yang dibincangkan
BBMBuku teks, buku latihan
Objektif P&PMenyatakan contoh tentang nilai-nilai murni yang perlu ada pada diri seseorang
Hasil PembelajaranPelajar dapat memahami dan menyatakan maksud dan contoh–contoh nilai Berdikari, Kerajinan, Kasih Sayang, Keadilan, Rasional dan Kesederhanaan dengan lebih lancar
Penerapan NilaiTanggungjawab
AktivitiPelajar didedahkan dengan contoh-contoh soalan struktur yang berkaitan dengan nilai-nilai murni. Guru menentukan jawapan dan isi yang relevan
RefleksiP&P berjalan lancar kerana kebanyakan pelajar memahami dan mengingati maksud nilai-nilai dalam perkembangan diri, tetapi terdapat segelintir pelajar yang masih belum memahami dan mengingati maksud yang terkandung dalam nilai-nilai murni tersebut contohnya perbezaan antara Hemah Tinggi dengan Harga Diri dan guru terus cuba sedaya upaya memberi latihan kepada pelajar untuk pemahaman mereka terhadap apa yang dipelajari dalam Pendidikan Moral

 

 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU T1 (MINGGU 3)
Tarikh
22.01.2011 (Sabtu - Jadual Hari Isnin)
Kelas
1F
Masa
4.00-5.10 ptg
SubjekBahasa Melayu (KOMSAS)
TajukKupasan dan Kajian Teks Puisi Tradisional
TujuanMendedahkan pelajar tentang pengenalan kepada Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu khususnya Puisi Tradisional
BBMBuku KOMSAS
Objektif P&PMenyatakan kepelbagaian genre Sastera khususnya Puisi Tradisional dan unsur-unsur keindahannya
Hasil PembelajaranMenaakul perkara yang tersurat & tersirat
Penerapan NilaiKerajinan, rasional, dan kreatif
AktivitiPelajar menyalin nota penting dan berbincang tentang setiap kupasan dalam puisi tradisional berpandukan buku KOMSAS yang disediakan. Guru menentukan isi yang boleh diterima
RefleksiP&P berjalan lancar kerana kebanyakan pelajar berminat dengan pendedahan baru dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu komponen Sastera

 

1 comment: